WELCOME TO OUR BLOG!

Sunday, October 24, 2010

about SMKMA . :D

SMKMA ?
itu adalah singakatan bagi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah .
Y.A.B Tun Abd Razak bin Hussein telah 
menyempurnakan perasmian sekolah ini 
pada 29 Mac 1969 .


Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah sempena mengambil nama Tokoh Kesusasteraan Melayu Moden kita. Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir tetapi lebih dikenali sebagai Munshi Abdullah. Dilahirkan di Kampung Pali, Melaka pada tahun 1796. Berketurunan peranakan Arab /India. Bapanya seorang saudagar yang memegang jawatan di pejabat Syahbandar Melaka pada masa pemerintahan Belanda. Beliau bekerja dengan beberapa mubaligh Kristian adan menjadi guru Bahasa Melayu dan penterjemah. Beliau digelar ‘Munshi’ oleh askar-askar India yang beragama Islam sewaktu mereka tinggal di Melaka kerana beliau menjadi guru agama mereka. Pernah turut serta dalam rombongan perdagangan ke Kelantan dan ilham dari pelayarannyaitu, beliau telah menghasilkan’Kisah Pelayaran Abdullah’ (1837). Antara karya beliau yang paling terkenal ialah ‘Hikayat Abdullah’ (1849). Dianggap Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran ‘Munshi’ yang bererti’guru’ diberikan kepadanya sesuai dengan sifatnya sebagai seorang pendidik bahasa dan sastera Melayu Moden.


tak tahu dimana terletaknya sekolah ini ?
Sekolah ini terletak di Sabak Bernam, Selangor .
Mungkin ada sesetengah orang akan keliru dengan sekolah
yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Munshi Abdullah .
Iaitu Abdullah Munshi . Perbezaannya , sekolah itu terletak di Melaka .





Gambar tu, adalah peta ada tulis dimana letaknya SMK Munshi Abdullah .


Misi dan Visi sekolah ini pula ialah :


MISI
Mendidik pelajar menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berketrampilan menerusi pendidikan berkualiti .

VISI
SMK Munshi Abdullah cemerlang menjelang 2010.



Setakat ini sahaja, 
to be continued in next post about this school :D

No comments:

Post a Comment

Countdown :)


Make your own Countdown Clocks